BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 6, 2010

Skim Cepat Kaya? jangan percaya!

Bank Negara Malaysia melaporkan bahawa seramai 150,000 orang pelabur telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta akibat daripada melabur dalam Skim Cepat Kaya semenjak bulan Januari 2009 sehingga akhir April 2010.


Biarpun orang ramai telah lama dinasihatkan tentang bahaya sekiranya mereka terlibat dengan skim cepat kaya namun masih ramai lagi yang ingin terlibat dan akhirnya terjebak dengan skim ini.

Jelaslah bahawa rakyat Malaysia masih tidak serik dengan pelbagai bentuk penipuan skim cepat kaya. Mereka dengan mudah percaya dengan dakyah yang dibuat oleh penganjur skim cepat kaya ini sehingga rela mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit demi untuk mendapatkan pulangan yang dikatakan besar itu.

Tindakan Bank Negara Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat dan individu-individu yang terlibat dengan skim ini di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram amat dialu-alukan. Tindakan yang tegas juga perlu diambil terhadap mereka yang tbersubahat mengajak orang lain untuk terlibat dengan skim ini agar mereka serik untuk berbuat sedemikian pada masa akan datang.

Selain itu, baru-baru ini media telah melaporkan seramai 1,000 orang pelabur telah mengalami kerugian sebanyak RM17 juta akibat daripada kegagalan sebuah agensi syarikat jualan langsung mengagihkan keuntungan sebagaimana yang dijanjikan.

Ini menunjukkan bahawa individu yang terlibat di sebalik agensi jualan langsung telah mengutip wang daripada para pelabur dan menawarkan pulangan tertentu kepada mereka. Apabila kegiatannya terbongkar, dia tidak dapat memberikan pulangan kepada para pelaburnya.

Para pengguna perlu mengambil iktibar daripada kerugian yang ditanggung oleh mereka yang terjebak dengan skim cepat kaya ini. Mereka perlu mempunyai pertimbangan yang waras apabila ingin melaburkan wang mereka. Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pulangan yang besar daripada pihak-pihak yang tidak tentu jenis perniagaannya.

Buat semakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan syarikat tersebut mendapat kelulusan untuk beroperasi. Lebih selamat jika melaburkan wang dalam skim pelaburan yang dianjurkan oleh kerajaan kerana ia dijamin oleh kerajaan jika berlaku sebarang masalah.

AWASI PRODUK PELANGSINGAN BADAN BERJENAMA LAMI

Jabatan Kesihatan Hong Kong telah meminta para pengguna supaya tidak mengguna atau membeli produk pelangsingan badan yang berjenama LAMI. Produk ini didapati mengandungi formulasi daripada Barat yang tidak diisytihar, dan akan mengakibatkan kesan-kesan yang buruk pada kesihatan.


Kajian makmal pada produk tersebut telah mengesan kewujudan sibutramine dan spironolactone selepas menerima laporan daripada hospital.

Seorang wanita telah dimasukkan ke hospital selepas menggunakan produk pelangsingan badan ini. Beliau mempunyai gejala psikiatris termasuk halusinasi auditori dan visual, paranoid dan perasaan yang tidak stabil (psychiatric symptoms including auditory and visual hallucinations, paranoid ideas and low mood) selepas minum produk ini pada bulan lalu.

Sibutramine adalah formulasi untuk mengawal nafsu makan pada seseorang bagi tujuan pelangsingan badan dan memerlukan kawalan perubatan yang ketat. Kesan sampingan termasuk penambahan tekanan darah dan degupan jantung (increased blood pressure and heart rate, symptoms of psychosis and possibly convulsion). Orang yang mempunyai masalah jantung dinasihatkan tidak mengambil sibutramine.

Spironolactone pula merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk mengurangkan kandungan air dalam badan. Ia juga digunakan untuk dalam penyakit oedema dan kegagal jantung. Ia akan mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, mengantuk dan gangguan gastro-intestinal (headache, drowsiness and gastro-intestinal disturbances).

Pengawalan berat badan hendaklah dilakukan melalui diet yang baik dan latihan yang sesuai. Pengguna
mendapat nasihat daripada pakar kesihatan sebelum menggunakan ubat untuk melangsingkan badan.

Pengguna dinasihatkan supaya memeriksa produk pelangsingan badan yang dijual di pasaran. Sekiranya produk berjenama ‘LAMI’ ada dijual atau terdapat kesan sampingan akibat penggunaan produk pelangsingan badan, laporkan kepada pihak berkuasa Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian

Tips menjadi pengguna bijak

Tuesday, May 4, 2010

Visi dan Misi Malaysia dalam aspek Kepenggunaan.

1. Dalam mencapai status negara maju menjelang 2020, Malaysia perlu mewujudkan keadaan          ekonomi domestik yang rancak serta perlunya ia disokong oleh komuniti pengguna yang perkasa

Hak-hak Pengguna

1.  Hak untuk mendapatkan keperluan asas


Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

2.  Hak untuk mendapatkan keselamatan


Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3.  Hak untuk mendapatkan maklumat


sampel kandungan nutrisi coklat

memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan. Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4.  Hak untuk membuat pilihan



Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

sampel gambar : RX-water


5.  Hak untuk bersuara



Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

 6.  Hak untuk mendapatkan ganti rugi


Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.







Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.














7.  Hak untuk mendapatkan  pendidikan pengguna



Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.


8..Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat


Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.