BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 30, 2010

Boikot Israel.Perlu atau tidak??

Kempen boikot Israel telah lama dijalankan di Malaysia dek kerana kekejaman mereka yang terlampau. 'Tepuk dada tanya selera', takkan kita mahu biarkan mereka meneruskan kekejaman mereka secara 'membabi buta'? Dengan kempen boikot Israel, sedikit sebanyak pengaruh mereka dalam penguasaan ekonomi dunia tergugat sekaligus membantu nasib rakyat Palestin di Gaza.Insya-Allah! Allah akan membantu.. kita cuba merancang dan berikhtiar. Selagi tidak berlanggar syariat Islam, ia boleh diamalkan. Bagi mereka yang tidak mahu memboikot barangan Israel, mereka boleh melakukan inisiatif lain seperti membeli barangan berjenama selain buatan produk Israel. Bermacam-macam lagi produk Malaysia yang lebih berkualiti untuk dibeli dan digunapakai. Sehingga bila kita harus memakai produk Israel? Mereka yang telah menzalimi umat Islam, manusia yang tidak berperikemanusiaan...laknatullah...Rejim Zionis. Semoga mereka mendapat pengajaran daripada apa yang telah mereka lakukan. Renungkanlah....demi kepentingan bersama...
(consumerpedia) wassalam.

Antara produk Israel:-

  • Nestle
  • Coca Cola
  • Scott
  • Huggies
  • Loreal
  • Disney
  • Kit Kat
  • Maggie
  • Nescafe
  • Kotex
  • Boss
        Sekutu Amerika Syarikat
  • Nike 
  • Pampers
  • Pizza Hut
  • Mc Donalds
  • Pringles
  • M&Ms
  • Snickers
  • Kraft
  • Pepsi
  • Glade
  • Hugo
  • Barbie
Bukan tujuan saya untuk memburukkan mana-mana pihak, tapi hanya sekadar untuk memberi peringatan kepada pengguna-pengguna yang saya kasihi...Wassalam.

Diabetis??




           Mari kita jelajahi penyakit yg bergelar diabetis ni...                                                                                             




juga dikenali sebagai ‘ibu penyakit’. Ini kerana ia boleh mengakibatkan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, darah beku di kaki, kerosakan saraf dan buah pinggang, buta dan gangren kaki (membawa kepada pemotongan kaki). Diabetis biasanya idak menunjukkan simpton sehingga benar-benar serius
Apa itu Diabetis? 
- Sejenis penyakit dimana kandungan glukosa (gula) dalam darah sentiasa tinggi.
- Keadaan ini boleh merosakkan salur darah.
- Penghidap diabetis biasanya mempunyai paras lemak darah yang tidak normal dan tekanan darah tinggi.
Bagaimana Ia Berlaku?
- Badan kita menukar karbohidrat (nasi, roti, mee) kepada glukosa untuk digunakan sebagai tenaga dalam sel-sel kita.
-Penghidap diabetis jenis 2 biasanya mempunyai insulin (hormon yang membuka sel badan untuk membenarkan glukosa masuk) yang rosak atau tidak cukup.
-Apabila glukosa tidak dapat memasuki sel badan, ia terkumpul dalam darah.
Faktor Risiko Diabetis
- Sejarah diabetis dalam keluarga / genetik
- Terlebih berat badan / obesiti
- Kurang bersenam
- Tekanan darah tinggi
- Paras kolesterol darah yang tinggi
- Melahirkan bayi besar
Ujian Glukosa Darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun, orang dewasa berumur 35 tahun ke atas perlu mengambil ujian cucukan jari di klinik atau farmasi untuk memeriksa paras glukosa darah mereka. Seseorang disyaki menghidap diabetis sekiranya bacaan melebihi 11.1 mmol/L (2jm selepas makan). Anda perlu mengambil ujian darah lebih terperinc untuk memastikannya.


Lindungi Diri Dari Diabetis
- Amalkan diet yang seimbang dan pelbagai.
- Makan secara sederhana: jangan makan terlalu banyak atau sedikit.
- Lebihkan pengambilan serat dengan mangambil bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
- Kurangkan pengambilan minyak, gula, garam dan lemak yang berlebihan.
- Tingkatkan aktiviti fizikal harian.
- Penurunan berat badan boleh mengurangkan risiko: kurangkan sekiranya berlebihan berat badan atau obesiti.

Anda digalakkan berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simpton lazim diabetis:

- Sentiasa dahaga dan lapar

- Selalu membuang air kecil

- Kehilangan berat badan secara mendadak

- Sentiasa letih

Penjagaan kereta yg rapi



• Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.
• Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian.

• Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.
• Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek dan pencuci cermin.• Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan USIA.
• Setiap bulan periksa tekanan udara pada tayar anda. Ia penting bagi memastikan kenderaan dipandu stabil dengan penggunaan tekanan yang betul.
• Tayar kekurangan tekanan udara menyebabkan kenderaan berat pada stereng atau boleh mengakibatkan kebocoran. Ia juga boleh memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.
• Anda juga boleh menguji sistem brek dan membersihkan penapis udara kenderaan supaya sentiasa bersih.

Pemeriksaan berkala elak terkandas
Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah pretasi serta keselamatnnya.
Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli, membolehkan kita mengesan kerosakan.

Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala.

Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang.

Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan  bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti.

Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak fungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh.

Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaran dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya.

Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukanya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku.

Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendir, seperti bunga dan tekanan again tayar, tahap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan again tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbangan, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, Akan lebih lama boleh membolehkan kita menjimatkan kos.




 Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian - bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri.

Jika tahap minyak pelincir berkurangan, periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna.

Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak.

Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk, ia menjadi panas dan terbakar.

Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas terutama ketika kesesakan lalu lintas.

Pastikan anda menggantikan minyak gear, sama ada secara manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatanya lalu gagal melindungi geseran komponen gear.

Tuesday, June 29, 2010

Makanan Segera: Buruk Untuk Kesihatan







Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.
Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.
Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.
Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang  digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:

Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

"Hookah" atau "Shisha" tidak selamat digunakan

Menghisap "hookah" atau turut dikenali dengan nama lain seperti shisha, water pipe, ghalyan, dan okka, akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain.

Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek berkata oleh sebab itu "hookah" bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok.

Katanya asap tembakau yang keluar dari balang air "hookah" sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan penyakit merbahaya yang lain.

"Penggunaan "hookah" kini semakin popular dalam negara, terutama di kalangan golongan belia kawasan bandar, dan buat masa ini masih belum ada kajian berhubung penggunaan "hookah" di Malaysia.

"Bagaimanapun, secara amnya, "hookah" dihidangkan kepada pelanggan di gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar," katanya ketika menjawab soalan Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) berhubung kesan kesihatan akibat penghisapan "shisha" dengan menggunakan "hookah" dan pemipit.

Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan "hookah" adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

Chua berkata kajian juga mendapati bahawa pengguna "hookah" pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok.

Beliau berkata menurut kajian itu juga, penghisap rokok akan menyedut lapan hingga 12 kali sedutan dalam masa lima hingga tujuh minit dengan 0.5 hingga 0.6 liter asap disedut.

Menurutnya penghisap "hookah" pula menyedut 50 hingga 200 kali sedutan dalam mas 20 hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 hingga satu liter asap akan disedut.

Dr Chua berkata bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan hepatitis .