| Bilik Gerakan Putrajaya | : | 03-88826085, 03-88826245 dan 03-88826226 | ||
| No Talian Bebas Tol | : | 1800-886-800 | ||
| Faksimili Bilik Gerakan | : | 03-88826083 dan 03-88826088 | ||

| Bilik Gerakan Putrajaya | : | 03-88826085, 03-88826245 dan 03-88826226 | ||
| No Talian Bebas Tol | : | 1800-886-800 | ||
| Faksimili Bilik Gerakan | : | 03-88826083 dan 03-88826088 | ||

Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 12:51 AM 0 comments
Labels: Aduan
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:42 AM 0 comments
Labels: hak-hak pengguna, Info pengguna, Presentation
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:33 AM 0 comments
Labels: hak-hak pengguna, Info pengguna, Isu-isu semasa

Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:33 AM 0 comments
Labels: Info pengguna, Isu-isu semasa

Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:09 AM 0 comments
Labels: Isu-isu semasa
Pelbagai produk telah dijual di luar sana dan pelbagai jenama yang ada. Namun, tahukah anda bahawa sesetengah produk yang dipasarkan ialah 'haram' yakni mempunyai kandungan lemak babi, gelatin dan bermacam-macam lagi. Tujuan saya adalah bukan untuk menakut-nakutkan para pengguna, tetapi sebagai peringatan supaya lebih berwaspada dalam memberi barangan yang bersih dan suci. Antara produk yang haram
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:49 AM 0 comments
Labels: Isu-isu semasa
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 2:00 AM 0 comments
Labels: Isu-isu semasa
| Mari kita jelajahi penyakit yg bergelar diabetis ni... |
juga dikenali sebagai ‘ibu penyakit’. Ini kerana ia boleh mengakibatkan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, darah beku di kaki, kerosakan saraf dan buah pinggang, buta dan gangren kaki (membawa kepada pemotongan kaki). Diabetis biasanya idak menunjukkan simpton sehingga benar-benar serius Apa itu Diabetis? - Sejenis penyakit dimana kandungan glukosa (gula) dalam darah sentiasa tinggi. - Keadaan ini boleh merosakkan salur darah. - Penghidap diabetis biasanya mempunyai paras lemak darah yang tidak normal dan tekanan darah tinggi. Bagaimana Ia Berlaku? - Badan kita menukar karbohidrat (nasi, roti, mee) kepada glukosa untuk digunakan sebagai tenaga dalam sel-sel kita.-Penghidap diabetis jenis 2 biasanya mempunyai insulin (hormon yang membuka sel badan untuk membenarkan glukosa masuk) yang rosak atau tidak cukup. -Apabila glukosa tidak dapat memasuki sel badan, ia terkumpul dalam darah. Faktor Risiko Diabetis - Sejarah diabetis dalam keluarga / genetik- Terlebih berat badan / obesiti - Kurang bersenam - Tekanan darah tinggi - Paras kolesterol darah yang tinggi - Melahirkan bayi besar Ujian Glukosa Darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun, orang dewasa berumur 35 tahun ke atas perlu mengambil ujian cucukan jari di klinik atau farmasi untuk memeriksa paras glukosa darah mereka. Seseorang disyaki menghidap diabetis sekiranya bacaan melebihi 11.1 mmol/L (2jm selepas makan). Anda perlu mengambil ujian darah lebih terperinc untuk memastikannya. Lindungi Diri Dari Diabetis - Amalkan diet yang seimbang dan pelbagai. - Makan secara sederhana: jangan makan terlalu banyak atau sedikit. - Lebihkan pengambilan serat dengan mangambil bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. - Kurangkan pengambilan minyak, gula, garam dan lemak yang berlebihan. - Tingkatkan aktiviti fizikal harian. - Penurunan berat badan boleh mengurangkan risiko: kurangkan sekiranya berlebihan berat badan atau obesiti. Anda digalakkan berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simpton lazim diabetis: - Sentiasa dahaga dan lapar - Selalu membuang air kecil - Kehilangan berat badan secara mendadak - Sentiasa letih |
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:54 AM 0 comments
Labels: Info pengguna, Isu-isu semasa
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:48 AM 0 comments
Labels: Info pengguna
Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar. Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja. Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan. Makanan segera banyak aditif Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan. Lemak Berlebihan Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya. Tiada Zat Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain. Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran: Burger daging: Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia. Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia. Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan. Susu kocak; Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya. Minuman berasaskan Kola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong. Garam Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam. Gula Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja. Serat Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat. Vitamin dan zat galian Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit. Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang. |
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 6:45 PM 0 comments
Labels: Info pengguna
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 6:43 PM 0 comments
Labels: Info pengguna, Isu-isu semasa
Bank Negara Malaysia melaporkan bahawa seramai 150,000 orang pelabur telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta akibat daripada melabur dalam Skim Cepat Kaya semenjak bulan Januari 2009 sehingga akhir April 2010.
Biarpun orang ramai telah lama dinasihatkan tentang bahaya sekiranya mereka terlibat dengan skim cepat kaya namun masih ramai lagi yang ingin terlibat dan akhirnya terjebak dengan skim ini.
Jelaslah bahawa rakyat Malaysia masih tidak serik dengan pelbagai bentuk penipuan skim cepat kaya. Mereka dengan mudah percaya dengan dakyah yang dibuat oleh penganjur skim cepat kaya ini sehingga rela mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit demi untuk mendapatkan pulangan yang dikatakan besar itu.
Tindakan Bank Negara Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat dan individu-individu yang terlibat dengan skim ini di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram amat dialu-alukan. Tindakan yang tegas juga perlu diambil terhadap mereka yang tbersubahat mengajak orang lain untuk terlibat dengan skim ini agar mereka serik untuk berbuat sedemikian pada masa akan datang.
Selain itu, baru-baru ini media telah melaporkan seramai 1,000 orang pelabur telah mengalami kerugian sebanyak RM17 juta akibat daripada kegagalan sebuah agensi syarikat jualan langsung mengagihkan keuntungan sebagaimana yang dijanjikan.
Ini menunjukkan bahawa individu yang terlibat di sebalik agensi jualan langsung telah mengutip wang daripada para pelabur dan menawarkan pulangan tertentu kepada mereka. Apabila kegiatannya terbongkar, dia tidak dapat memberikan pulangan kepada para pelaburnya.
Para pengguna perlu mengambil iktibar daripada kerugian yang ditanggung oleh mereka yang terjebak dengan skim cepat kaya ini. Mereka perlu mempunyai pertimbangan yang waras apabila ingin melaburkan wang mereka. Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pulangan yang besar daripada pihak-pihak yang tidak tentu jenis perniagaannya.
Buat semakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan syarikat tersebut mendapat kelulusan untuk beroperasi. Lebih selamat jika melaburkan wang dalam skim pelaburan yang dianjurkan oleh kerajaan kerana ia dijamin oleh kerajaan jika berlaku sebarang masalah.
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 2:04 AM 0 comments
Labels: Isu-isu semasa
Jabatan Kesihatan Hong Kong telah meminta para pengguna supaya tidak mengguna atau membeli produk pelangsingan badan yang berjenama LAMI. Produk ini didapati mengandungi formulasi daripada Barat yang tidak diisytihar, dan akan mengakibatkan kesan-kesan yang buruk pada kesihatan.
Kajian makmal pada produk tersebut telah mengesan kewujudan sibutramine dan spironolactone selepas menerima laporan daripada hospital.
Seorang wanita telah dimasukkan ke hospital selepas menggunakan produk pelangsingan badan ini. Beliau mempunyai gejala psikiatris termasuk halusinasi auditori dan visual, paranoid dan perasaan yang tidak stabil (psychiatric symptoms including auditory and visual hallucinations, paranoid ideas and low mood) selepas minum produk ini pada bulan lalu.
Sibutramine adalah formulasi untuk mengawal nafsu makan pada seseorang bagi tujuan pelangsingan badan dan memerlukan kawalan perubatan yang ketat. Kesan sampingan termasuk penambahan tekanan darah dan degupan jantung (increased blood pressure and heart rate, symptoms of psychosis and possibly convulsion). Orang yang mempunyai masalah jantung dinasihatkan tidak mengambil sibutramine.
Spironolactone pula merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk mengurangkan kandungan air dalam badan. Ia juga digunakan untuk dalam penyakit oedema dan kegagal jantung. Ia akan mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, mengantuk dan gangguan gastro-intestinal (headache, drowsiness and gastro-intestinal disturbances).
Pengawalan berat badan hendaklah dilakukan melalui diet yang baik dan latihan yang sesuai. Pengguna
mendapat nasihat daripada pakar kesihatan sebelum menggunakan ubat untuk melangsingkan badan.
Pengguna dinasihatkan supaya memeriksa produk pelangsingan badan yang dijual di pasaran. Sekiranya produk berjenama ‘LAMI’ ada dijual atau terdapat kesan sampingan akibat penggunaan produk pelangsingan badan, laporkan kepada pihak berkuasa Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 2:01 AM 0 comments
Labels: Isu-isu semasa
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:57 AM 0 comments
Labels: Tips pengguna bijak
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 2:13 AM 0 comments
Labels: Visi dan Misi

Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 2:03 AM 0 comments
Labels: hak-hak pengguna
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 9:51 PM 0 comments
Labels: Presentation
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 9:39 PM 0 comments
Labels: Info pengguna
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 9:38 PM 0 comments
Labels: E-test
Siapa itu Pengguna?
"Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 9:36 PM 0 comments
Labels: Apa itu Pengguna?
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 9:34 PM 0 comments
Labels: Isu-isu semasa
Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:
Posted by HAMBA ALLAH SEPENUH MASA at 1:27 AM 0 comments